Sunday 3 July 2011

Hati yang khusyuk...


Sujud sepenuh hati kepadaNYA


Bismillahirrahmanirrahim..
"Allahummakhtim alaina ya Allah bi husnil khatimah wala takhtim alina Ya Allah bisui'lkhatimah.."
"Ya Allah,aku bersyukur kerana harini KAU masih memberi peluang kepadaku untuk sujud kepadaMu..harini aku masih diberi peluang untuk merasai nikmat iman dan islam ini Ya ALLAH..Aku bersyukur kepadaMu YA ALLAH..YA RAZZAQ,YA RAHMAN YA RAHIM.."

Terimalah sebuah hadiah yang tiada duanya ini.Ini adalah kesempatan yang tiada pengganti kerana kita tidak tahu bilakah Allah akan menyeru kita untuk menghadap-Nya.
  
     Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk di masjid, seorang lelaki masuk dan mengucapkan salam lalu melakukan solat.Setelah selesai, dia pun menghampiri baginda namun baginda bersabda; " Tunaikanlah solatmu semula kerana engkau masih belum menunaikannya."

      Lelaki itu pun solat sekali lagi dan kembali kepada Rasulullah setelah solatnya selesai. Baginda bersabda lagi dengan kata-kata yang sama  dan lelaki itu mengulangi semula solatnya.Selepas itu beliau kembali kepada baginda.Namun baginda tetap bersabda; " Tunaikanlah solatmu semula kerana engkau masih belum menunaikannya".Akhirnya lelaki itu berkata ; "Demi Allah yang mengutusmudengan kebenaran, saya tidak dapat mengerjakan yang lebih baik dari ini.Ajarlah saya wahai Rasulullah!''

Baginda pun bersabda ; " Mulakanlah solatmu dengan takbir, lalu bacalah beberapa potong ayat AL-Quran yang mudah.Kemudian ruku'lah dengan betul dan muthmainnah(tenang),lalu i'tidal hingga engkau betul2 berdiri.Selepas itu bersujudlah dengan betul dan duduk hingga kamu betul-betul duduk dengan tenang. Kemudian sujudlah semula hingga kamu betul-betul sujud dengan tenang. Biasakan gerakan-gerakan ini dalam setiap (rakaat) solatmu !" ~ HADIS RIWAYAT  AL-BUKHARI~

Betapa tingginya kasih sayang dan nilai hadiah ini.Rasulullah mengajrkan cara csebenar mengerjakan solat..Solat dalam keadaan hati yang hanya ada Allah yang Esa,tanpa memikirkan urusan keduniaan..
Sujud yang mana hatinya masih lalai dan disbukkan oleh maksiat dan cintanya kepada dunia,penyebab kepada kehancuran! Ada yang menyangkakan sujudnya akan mendekatkannya kepada Allah,namun ianya menjadi binasa bila hatinya masih sibuk memikirkan keduniaan.

HATI ADALAH RAJA




              Jom Rawat Hati Kita..!!

  Amirul mukminin,Sayyidina Umar Al-Khattab pernah melihat seseorang yang sedang solat.Dia sedang duduk bertasyahud tapi dia juga sedang memainkan butiran biji tasbihnya.Maka Sayyidina Umar pun berkata ;" Kalaulah hati orang ini khusyuk maka anggota badannya pun akan khusyuk".

Cuba kita lihat diri kita,mampukah kita menjadi seperti orang diatas?,seluruh tubuh badannya khusyuk beribadah kepada Allah..Kadang-kadang hati dan fikiran kita mnerawang ketika kita menunaikan solat,sehinngalah kita selesai memberi salam,,barulah kita sedar bahawa kita sedang menunaikan solat!!!Astaghfirullahal azim..Ya Allah kau peliharalah Hati kami ini Ya Allah..

  Wahai Amirul Mukminin,engkau telah mengucapkan kata-kata ringkas penuh makna.Ya,jika raja jiwa ini khusyuk,pasti seluruh pasukannya juga akan ikut khusyuk.




Ya Allah,Kurniakanlah Kami hati yang khusyuk!
Allahumma Ajirna Minannar...
Ya Allah, Andai hari ini sujud terakhirku
KAU letakkanlah aku dalam golongan orang2 yang beriman..
Aminn YA Rabbal Alamin.
    
p/s : Jom Yuk...Rawat hati..

3 comments:

  1. Alhamdulillah.. terima kaseh atas pengisian yang bermakna ni. semalam ayang ada beli 2 buku tentang solat.Formula Solat Sempurna , us zaharuddin dn 400 kesalahan dalam solat, mahmud al misri. rasanya dlm 21 tahu kita hidup, bimbang byk solat yg tk diterima dr yg diterima.

    semoga kt sama2 dpt mencapai khusuk setiap kali solat. amin~

    ReplyDelete
  2. Bkn sng nk dpt khusyuk (tawajuh yg tinggi pd Allah).
    Baca doa makan pn x khusyuk. Duk terliur makanan lbh dpd m'hayati doanya. =)

    ReplyDelete
  3. Alhmdulillah..rajin2 update ye..
    boleh mngubat rindu ana pd tazkirah2 enti..^_^

    ReplyDelete