Friday 20 May 2011

Sampaikanlah..

"Jom Tulis.."
Bismillahirrahmanirrahim 
Lama sudah saya biarkan blog ini bersarang..hampir menjadi gua, tak pun rumah lama yang ditinggalkan..Hampir setiap hari saya mendapat provokasi2 yang membina supaya saya mengupdate blog..Terima kasih ya pada yang telah menekan dan mencabar saya..terutama pemilik blog wisdom of harakiah..Orang yang sering memberi cabaran pada saya(jangan marah kak nanti kena jual)..Tak lupa juga pada blogger2 yang lain..
Hemm..terpanggil saya untuk menulis walaupun sekadar perkara yang ringkas,bila melihat blog  wisdom of harakiah yang semakin rancak dengan artikel2 yang menarik,saya makin tercabar,ditambah pula blog globalmuslimeen yang telah diberi nafas baru.. Hati  saya semakin resah,’’Eh bila aku nak update blog ni.”..hati saya berbisik..”tapi kajian tak habis lagi..ntah apalah yang aku kaji..”..teringat pada hadis nabi “ Sampaikanlah walau satu ayat”..Jadi harini saya menulis..
Apalah yang nak ditulis ni…dari tadi tak dapat idea… Nak tulis kajian tak habis lagi…
Teringat saya pada satu peristiwa…
Dalam perjalanan pulang kerumah daripada Darul Quran..Saya bersama abah berbual perihal pengajian saya selepas tamat pengajian di Darul Quran..
“ Kak yi,abah ghasa baik kak yi menulih,mula pada la ni..” bersahaja abah memberi pandangan
“Menulih!..Abah,kak yi mana gheti menulih..mengeja tau la..”..saya agak terkejut dengan pendapat yang abah berikan…tergelak saya masa tu..
“haha..kakyi2..Tak buat lagi dah mengalah,Untung tau menulis ni,mula pada sekarang, kakyi try la tulis apa2..Orang la ni semakin ramai yang minat membaca..Tambah2 bab ilmu agama ni..”..panjang hujah abah,mungkin nak meyakinkan saya.
“kak yi nak tulih pasai apa abah?..Takdak idea..orang nak tulih ni,kena banyak kemahiran abah..kak yi mana gheti bahasa2 puitis ni…”
“kak yi tulihlah benda2 yang kak yi mahir,ish..menulih ni bukan kena bahasa2 puitis sangat..bukan tulis novel ja kak yi..boleh aih..cuba try dulu”..Abah menambah ringkas..
“Insyaallah..haha”..Ringkas sahaja jawapanku..sambil tergelak..
*****************************************************************************
Kemudian aku terus berfikir tentang cadangan abah sehinggalah ke saat ini..
Bila difikir2kan betul juga pandangan abah tu..Menulis?..Tapi mampukah aku..?
Sebelum hendak melakukan sesuatu kita perlu tahu dahulu tentang sesuatu perkara itu.Perlu mengenali dan betul-betul memahami tentang perkara tersebut..Kalau tak hasilnya akan menjadi sia-sia..Macam itu jugak dengan bidang penulisan,hendak menulis sesuatu mestilah mengkaji dan mengetahui tentang sesuatu yang hendak ditulis itu..bimbang-bimbang apa yang ditulis hanyalah sekadar bahan bacaan yang sia-sia tidak memberi kesan kepada si pembaca..Tak gitu?ka salah?any objection?..
Sengaja ditimbulkan persoalan ini untuk semua fikirkan..Tapi kena ingat,tak kisahlah kita berada di cabang mana sekalipun samaada penulisan,penyiaran atau bidang pendidikan,menyampaikan dakwah itu wajib keatas umat islam,walaupun perkara yang hendak disampaikan itu hanya sepotong ayat,mengkaji sebelum memberi itu perlu(ini untuk penulisan),tetapi memberi walaupun hanya sedikit itu juga perlu(ini untuk dakwah)..Malahan wajib bagi kita yang mengetahui tentang tanggungjawab dakwah ini untuk menyampaikan.
P/S : kepada Wisdom of harakiah banyak sungguh yang saya pelajari dari kamu..nak berguru dengan anda boleh?..        

Sekadar coretan ringkas daripada saya..
Pemikir Ummah
21 May 2011
2:20 Pagi

4 comments:

  1. Terharu dgn Pemikir Ummah!
    Berjiwa besar lagi banyak ilmu..=)
    Semoga istiqamah..

    ReplyDelete
  2. dua orang rumate baru nie mmg xabis2..huhu.. tp seronok berukhuwwah dgn kamu berdua.. mg thabat duhai udaku..=)

    ReplyDelete
  3. sampaikanlah!

    ha,ingat tu...^_^

    ReplyDelete
  4. menulis.. bagus3.. menulis menuntut kita untuk berganda2 membaca dn mengkaji. barulah boleh menulis. semoga dibuka ruang dn dipermudhkan lgkh oleh Allah whi buddy tercinta.. ^^
    Selamat berjuang n_n

    ReplyDelete